top of page

Lindung Diri, Lindung Semua ✌️


Dah lebih setahun kita berperang dengan musuh yang tidak boleh dilihat, #COVID19.

Seberat dan sebesar manapun kesannya, berputus asa bukanlah pilihan yang kita ada. Menyerah bukan cara Malaysia 🇲🇾 berjuang.

Jika kita mengimpikan kehidupan lebih baik berbanding setahun ini, maka setiap usaha ke arah merealisasikan impian ini, mesti kita ambil peduli, sokong dan libatkan diri.

Esok hari penting dan bersejarah buat negara. Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula. InsyaAllah, banyak manfaatnya terutama dari sudut kesihatan, ekonomi dan sosial.


Berganding bahu, bersatu hati dan bekerjasama dalam menjayakan usaha penting ini ialah pilihan terbaik yang rakyat Malaysia ada.


Bersamalah kita #LindungDiriLindungSemua! Moga usaha ini dipermudahkan Allah SWT 🤲🏻

bottom of page