top of page

KERJASAMA ANTARA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, KEMENTERIAN PERTAHANAN, KEMENTERIAN KESIHATAN, KEMENTERI

1.Seperti yang telah saya nyatakan semasa sidang media pada 2 September, negara sedang menuju ke arah endemik. Saya setuju dengan Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin bahawa peralihan ke fasa endemik akan bermula pada hujung Oktober.

2. Sebagai persediaan ke arah fasa berkenaan, Kerajaan sedang meneliti kelonggaran-kelonggaran yang bersesuaian bagi membolehkan rakyat kembali menjalani kehidupan seharian yang lebih bebas dalam norma baharu. Namun pada masa yang sama, Kerajaan tetap menitikberatkan soal melindungi nyawa serta kesihatan rakyat disamping memastikan pengukuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

3. Kelonggaran-kelonggaran ini termasuklah kemungkinan membenarkan rakyat melakukan perjalanan rentas negeri bagi tujuan yang lebih pelbagai serta membuka lebih banyak sektor. Bagi menetapkan kelonggaran-kelonggaran berkenaan, banyak faktor perlu diambil kira kerana ia melibatkan kesihatan rakyat dan keselamatan negara.


4. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri pada 2 September telah bersetuju supaya saya selaku Menteri Kanan Pertahanan yang mengetuai MKN turut melibatkan tiga lagi Menteri iaitu Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin; Menteri Kewangan, YB Senator Dato' Sri Tengku Zafrul; serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa.

5. Sehubungan itu, saya akan memanggil ketiga-tiga Menteri dalam masa terdekat untuk memulakan perbincangan secara terperinci dan membuat keputusan bersama tentang penyesuaian prosedur operasi standard (SOP) serta bentuk kelonggaran seterusnya dalam menuju fasa endemik.

6. Dalam pada itu, pada masa yang sama saya juga telah mengarahkan MKN untuk terus mengemaskini SOP-SOP dan kelonggaran yang sudah dipersetujui bersama oleh kementerian-kementerian yang terlibat sebelum ini agar ia lebih mudah difahami.

YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN MENTERI KANAN PERTAHANAN

6 SEPTEMBER 2021

bottom of page